Musim Luruh


Gembiranya menjadi seorang kanak kanak pada suatu ketika dulu.Segala tangisan didengari.Segala fikiran dijadikan perkataan.Kau tak akan di salah ertikan.Kerna kau seorang yang kecil.Tiada fikiran yang memikirkan segala halnya dunia, dan manusia.

Bila tiba masanya aku perlu buat keputusan sendiri.Baik buruk juga aku yang tanggung.Mereka tertawa bila kita salah.Mereka tak tahu.Sebab tiada tangisan yang kita hadirkan bila mereka sakiti kita.Kita kena memikirkan mereka.Sebab kita perlu saling memahami.Dan kita sentiasa tiada pilihan.

Kita saling memerlukan.

Aku tak suka untuk membuat keputusan.Sehingga baju apa yang perlu dibawa, aku kena fikirkan segalanya.Teringat masa kecil dulu.Tidak kisah apa yang dipakaikan.Yang penting kita dapat apa yang kita rengekkan.

Menjadi besar begitu cepatkan?Tak perasan apa yang kita lalui dan bagaimana semuanya boleh berlaku.
Teringin nak melihat daripada awal.Daripada wujudnya kita.Tak kesahlah kalau tak dapat betulkan yang salah.

2 comments:

a.t.O.k.c.o.0.L

setuju!

zaman kecil2 zaman paling indah.zaman paling x payah nak banyak pikir.tapi masa kecik2 nak sgt cepat jadi besar.tapi bila da besar nak jadi kecik balik.

manusia.

macam tu lah.

Mr Freak

tapi gua tanak jadi apa2..
gua nak jadi doremon..

Jigsaw Youth 2010