Gagak Hitam

Tak ada kata kata kata aku yang bermaksud kan sesuatu yang buruk atau baik nya kamu.Tapi kamu, hanya mencari apa yang kamu nampak.Kamu seperti kamu sangat sempurna.Hidup ini macam roda.Mungkin kamu tahu.Tapi kamu lupa.Ada waktu seketika.Kamu akan merasa.Tapi aku tak mendoakan kamu.Sebab aku adalah tak sempurna.Ada cacat nya di hati aku.


Berhenti menjadi seperti yang melihat merak emas itu indah dan gagak hitam itu yang laknat.


Aku sentiasa berasa iri hati.Tapi bagaimana aku nak seperti dia?

Musim Luruh


Gembiranya menjadi seorang kanak kanak pada suatu ketika dulu.Segala tangisan didengari.Segala fikiran dijadikan perkataan.Kau tak akan di salah ertikan.Kerna kau seorang yang kecil.Tiada fikiran yang memikirkan segala halnya dunia, dan manusia.

Bila tiba masanya aku perlu buat keputusan sendiri.Baik buruk juga aku yang tanggung.Mereka tertawa bila kita salah.Mereka tak tahu.Sebab tiada tangisan yang kita hadirkan bila mereka sakiti kita.Kita kena memikirkan mereka.Sebab kita perlu saling memahami.Dan kita sentiasa tiada pilihan.

Kita saling memerlukan.

Aku tak suka untuk membuat keputusan.Sehingga baju apa yang perlu dibawa, aku kena fikirkan segalanya.Teringat masa kecil dulu.Tidak kisah apa yang dipakaikan.Yang penting kita dapat apa yang kita rengekkan.

Menjadi besar begitu cepatkan?Tak perasan apa yang kita lalui dan bagaimana semuanya boleh berlaku.
Teringin nak melihat daripada awal.Daripada wujudnya kita.Tak kesahlah kalau tak dapat betulkan yang salah.

Cela


Sing Along!


Nothing Fun,Dear

"nak keluar dengan pakwe ke?"
"hehe.banyaklah.sapelah yang nak minat degan kita kan?"

Ayat paling famous untuk kalis yang kau sebenarnya double.Berlagak single.
Mentang mentang si dia tak tahu yang kau ada lain, kau main pasang banyak banyak.

Secara jujurnya, tak ada apa yang bestnya kalau ada ramai teman tapi mesra, yang kononnya akan setia menunggu kau.Sinonimnya, curang itu indah.(nampak macam familiar je)

Aku mula sedar yang perhubungan yang agak sedikit serius itu, tak semestinya memberikan kita pengakhiran yang gembira.Sebab itu mak aku pesan,

"Kalau bercinta jangan beri sepenuh hati.Bercinta mati hanya dengan suami"

Huhu.Entah lah.Bukan nak kata aku tak pernah rasa cinta.Dan bukan nak kata yang aku tak pernah curang.Tapi aku rasa bila tiada apa yang baik pada penghujungnya.Itu adalah tajam dan bisa.
Nak tak nak kena juga terima setiap pertemuan ada perpisahan.
Setiap permulaan ada pengakhiran.
Pengakhiran tak selalunya indah.
Jadi harus bagaimana?

Cuma terasa,
semuanya seolah olah kad skrin.Yang sentiasa berpusing pusing dalam ingatan.Dia.Dia.Dia.Satu persatu.Dan apabila terus menanti dengan yang tiada, tiba tiba merasakan kosong dan kecewa.
Bukankah lebih baik, itu semua tiada?Kenapa harus ada rasa cinta fuckin love sebelum pasti dengannya?
Hmmm...

Hati

Bukan senang nak berada di angka 21. jadi dewasa. jadi matang. Bukan sesenang naik tangga. Main naik je. Kalau kau duludulu kecik tak belajar berjalan agakagak kau pandai tak nak naik tangga. Nak berjalan. Nak berlari. Nak melompat. Cuma kau tak boleh terbang. Sebab tu bukan kemampuan kau.

Dari 0 ke angka 21 bukan main harung saja. Berjalan bukan setakat berjalan. Batu kat depan kena elak. Kadangkadang masuk lopak. Basah. Bukan sengaja. Tak ternampak. Tak perasan. Bukan semua benda nampak jelasjelas. Ada kat depan. Ada kat belakang. Kiri. Kanan. Mana nak tengok. Mana nak perhati setiap benda kat sekeliling. Tapi tak bermakna tak ambil peduli.


Jadi manusia memang tak lari dari membuat silap. Tapi kenapa buat silap kalau benda boleh elak. Macam berjalan. Ada benda kat depan. Elak. Lompat. Tapi kadangkadang tak sempat. Lagipun macammacam ada kat keliling.


Ok! Alasan..


Alasan? Setiap benda memang ada alasan. Ada sebab. Mata kau, mata aku, mata dia tak sama. Betul! Tak sama. Kau Nampak lain. Aku Nampak lain. Dia Nampak lain. Apa yang penting hati kau! Hati kau!

I love rock n roll



Just play this song at the Jukebox Machine.And dance!

Just 13!

Berumur pada 13 tahun.

Aku masih ingat.Menjadi pelajar yang berada dalam kelas Rancangan Khas bukan nya mudah.Semua orang memerhatikan kau.Sebab masa tu kita orang adalah batch pertama untuk Rancangan Khas di sekolah tu.Apa saja yang berkaitan dengan akademik.Kau kena cemerlang.Tak lupa juga dalam perangai.Kalau buat benda macam orang lain buat.Kau akan jadi bahan.Perangai kau tak boleh pelik.Budak pandai kena ada perangai seperti seorang detektif atau penceramah yang sangat berilmiah.Are you nuts?We're just thirt-e-e-n.Baru belajar nak menulis pakai pen.

Waktu tu memang sangat payah.Sebab kononnya, kita orang dipilih berdasarkan keputusan UPSR yang terbaik.Padahal tak adalah terbaik sangat pun.Nampak kesungguhan mereka untuk menjadikan kita orang lebih kehadapan.Aku maksudkan.Cemerlang dalam akademik.Tapi bila kita orang lembab sikit.Mulalah ada seorang cikgu ni, membuka mulut di belakang kita orang di hadapan guru-guru lain.Guru yang tak mengajar kelas kita orang pun jadi tahu perangai dan setiap kemunduran kami.
Dan guru tu gelarkan kami, "BODOH SOMBONG". Dah lah tak tahu, tapi tak nak bertanya.Berlagak nak tahu pulak.Terlalu banyak spekulasi dan tanggapan.Berniat baik tapi tak tahu mana cara yang betul.

Bayangkanlah.Baru berumur 13 tahun.Baru melangkah ke alam memegang pen.Boleh bayangkan?
Hidup kau dikecam sedangkan kau baru nak melihat dunia baru.

Sedikit tekanan itu boleh.Tapi kalau terlebih dan syok sendiri.Orang boleh jadi skema.Tiada ceria.Tiada minda yang terbuka.Kau faham?
Hidup dalam tekanan adalah memenatkan.

-------------------------------------------------------------------------------
Aku harap bakal anak aku nanti, masih boleh tertawa menghadapi tekanan "dunia" walaupun baru berusia 8 tahun.
Tak dapat bayangkan.Ketika itu kejamnya "dunia".

Into The Sand Madness

Bermula dengan perasaan yang mati dan minda yang terbenam
Aku rasa macam segalanya tak adil.
Apa yang aku harapkan.
Tak seperti yang aku jangkakan.
Pandangan yang sama melilau.
Hanya nampak jalan yang berbukit bukau.
Pasir, gurun tanpa lopak air.
Kau bayang macam mana seramnya
Bila kau nak mendaki.
Tapi kau terjulus dalam pasir.

Kadang yang aku nampak itu indah.
Kadang yang aku nampak itu mengerikan.
Kabur.

Hati yang tak tenteram. Makin rasa tertekan.
Memang apa yang kau lakukan adalah buruk pada aku.
Tapi itu yang lah kebaikan yang aku dapat.
Kadang kau marah. Aku memang salah.
Dan terlampau egois nya aku. Sampai aku memaki dalam hati.
Padahal kau memang selalu memikirkan yang terbaik untuk aku.

Mungkin pada saat yang kau tak pasti.
Aku sebenarnya memohon keampunan.
Dan pada ketika itu juga aku takut.
Takut untuk kehilangan kau.


Pinjam Pijamas aku.

Pernah rasa useless lalu lemparkan pinggan? Atau pecahkan cermin solek? Teruskan sebab memang itu sepatutnya. Kau kena tahu yang kegagalan hari ni adalah permulaan baru untuk hari esok.

Desakan yang membuatkan aku rasa aku berguna adalah jeritan mak aku yang sering memanggil aku membuat itu dan ini. (Even ada ramai orang dekat rumah aku)
___________________________________________________________
Aku selalu di salah ertikan dengan kos yang aku ambil sekarang. Ye aku belajar mengenai Kemahiran Hidup tapi tak semestinya aku boleh buat semuanya BODOH! Kau seksa aku dengan pisau tumpul kau.


Korang pernah dengar tak orang kata,
"Malaysia Boleh. Malaysia asal Boleh."

ONE-describtion

Jigsaw Youth bukan nak menceritakan tentang sesuatu yang berbentuk politik. Atau menghuru harakan fikiran dengan perasaan atau tetapan akal yang memesongkan akidah atau prinsip Melayu Timur. Ini tentang hidup remaja yang pastinya remaja itu alami dan juga cerita tentang mereka disekelilingnya.

Remaja yang sering mengalami gangguan dan juga mencari siapa dirinya sendiri. Sering mengelamun dan tiada apa yang dapat dipastikan. Kadang-kadang mengalami kecelaruan jantina, umur dan status.

Remaja penuh dengan kegembiraan, kesedihan, kesungguhan dan segala 'ke-'. Remaja penuh dengan rahsia.

Wey aku bukan nak 'bet' dengan buku Remaja. Atau Hanis Zalikha. Atau mana-mana local blogger yang dah famous. Seperti Anna, Pipiyapong, atau mana-mana yang korang kenal. Aku blogger picisan je.

Jigsaw Youth 2010