Kecil Hati Aku

Apa yang diharapkan dalam hidup? Menambah hari pada setiap hidup atau menambah kehidupan pada setiap hari? Dan segalanya adalah berbeza pada setiap pemikiran, pandangan dan sifat manusia. Mencari kehidupan pada setiap hari bukanlah dengan hanya mencari hiburan pada setiap saat. Apa maksud kehidupan? Itu diri kita. Segalanya tafsiran kita. Tak perlu berbohong dalam banyak hal. Dan kadangkadang banyak hal yang susah untuk jujur. Itu diri kita. Mementingkan diri kadangkadang perlu tapi kita adalah mahluk yang saling memerlukan. Jadi apa yang kita perlu pentingkan? Hidup kita tak boleh berseorangan diri. Keluarga. Kawankawan. Itu diri kita. Kita tak hidup untuk hidup mementingkan diri kita saja. Dan maknanya persahabatan adalah suatu yang sangat kuat dalam diri. Sangat mementingkan persahabatan bila bersama seseorang yang menghargai persahabatan. Takut. Penghargaan akan di sia-siakan. Memang tak mengharapkan balasan. Tetapi cukuplah dengan berterima kasih. Kawan bukan waktu susah dan bukan waktu senang. Kawan manusia punya hati. Kawan punya telinga yang boleh mendengar. Kawan punya mulut yang menegur. Kawan punya ikhlas. Kawan  mungkin bukan punya segalanya. Kawan saling memerlukan. Kawan adalah manusia. Kawan punya air mata bila di sakiti. Kawan punya cinta bila dihargai. 

Kawan tak mementingkan diri sendiri dan tidak menyisihkan kawan yang buruk, hodoh, gemuk, bodoh, jahat, atau cacat. Kawan adalah manusia. Bukan binatang.

Perihal Peribadi

Dalam keadaan hujan sepanjang 3 hari ini, sejuk membuatkan aku rasa sangatsangat malas dan lembab. Tapi tidak membuat otak aku untuk berhenti berfikir kerana 'brain freeze' (macam kau minum Slurpee).

Duduk menghadap laptop di hadapan TV bersama Emak. Syok sekali. Entah macam mana terbuka cerita pasal pakwepakwe ni. Huhu. Macam malumalu nak cerita. Garagara Emak aku memberi lampu hijau untuk membawa pakwe aku ke rumah. Tapi dengan yakin nya aku mengatakan pada Emak aku yang aku hanya ramai kawan. Tiada yang special.

Memberi contoh daripada kawan aku yang bakal bernikah Jumaat ini 4hb Februari 2011, aku menyatakan pada Emak aku. Yang aku dah malas nak hidup dalam dunia coupeling. Nak jumpa somebody dan terus kahwin macam kawan aku (menjadi contoh sepanjang cerita).

Dan Emak aku dengan supportingnya menyatakan.
 "Hei macam mana tuh? Tak kan lah tak ada nak couplecouple? Macam Mimi (akak aku) dulu pun ada couplecouple. Erm tapi boleh kot macam tu. Cuma susah je nak dapat. Tapi kau janganlah perangai macam budakbudak sangat. Nanti susah nak dapat. Oh ala tak kesah macam budakbudak pun kalau dah jodoh tak kemana."

OK.
Emak aku bercakap panjang lebar. Tapi aku hanya tumpu pada dunia jalur lebar aku.
Macam mana boleh termasuk dalam ingatan aku pun aku tak tahu.
Cuma terasa yang Emak aku melayan aku macam kawan dia.
Mungkin sebab dia asyik berkawan berdua dengan Ayah di rumah.
Dulu macam tak pernah kot. Huhu.

Tapi sepanjang dalam ingatan aku.
Hari ini baru aku rasa macam mana perbualan tentang hidup peribadi aku dibualkan.
Walau sekejap. Tapi aku rasa sungguh menarik. Ajaib. Pelik
Rasa kau dah dewasa.

Gambar Emak Ayah pergi naik unta pakai telekung & kopiah

Lost

Dia terlalu baik.

Tapi hanya kerana perasaan 'jijik' dia pada aku ditolak kali ini. Persahabatan itu terlalu rapuh sebenarnya.

Katanya, aku hanya menyakitkan hati dia. Aku kehilangan seorang sahabat baik. Kamu tahu macam mana perasaan nya?

Aku benci sekali. Benci mencari pengganti. Benci pada kehilangan.

Rigid


Sekarang telah kembali ke tempat yang memerlukan banyak tenaga dan mengorbankan masa tidur.

****

Selamat Menjalani Hari Hari Anda
Don't hang yourself.
:)

Jigsaw Youth 2010