I'll still love you

Salam. Rasanya lama tak menulis sebarang pada blog ni. Tapi terasa nak berkongsi sesuatu selepas blog aku DuniaMayaKinjunx ditutup untuk tonton awam kerana rasanya diri aku tak ada haluan dekat situ. Blog ini untuk sampingan. Meluahkan, berkongsi dan memberi idea/input yang bermakna mengikut pemahaman masingmasing.

****
Hari itu aku menolong Ma aku menyiang touge di dapur. Sambil menegok segelas air manis. Dan berbualbual bergelakgelak. Tak ada lain yang diceritakan. Melainkan hal keluarga. Anak buah baru. Kakak yang mahu pulang ke rumah. Dan hal balik ke universiti semula. Sekejap senyap. Khusyuk mematahkan togue yang ranggup.

Ma tibatiba menanyakan sesuatu hal.
"Kau pernah terfikir tak nak jadi anak orang lain?"

Aku tercenggang sambil berkirakira untuk memberitahu hal yang sebenar. Memang aku pernah terfikir hendak menjadi anak orang lain. Tapi aku buatbuat tak faham maksud Ma aku.
" Huh? Apa punya soalan tu?"

Ma aku sambil menyiang togue, tak pandang aku.
"Yela dulu kan mak selalu terfikir, kalau lah jadi anak orang ni kan best. Kaya. Dulu kan mak susah kan. Bila tengok orang lain. Macam seronok je. Mak dulu rasa agaknya kalau la jadi anak orang ni mesti dapat macam dia ada masa tu. Lepas tu kalau mak kan pergi sekolah dulu naik basikal tengok anak orang yang senang sikit naik kereta."

Ma aku masih menyiang touge.

Adalah lainlain yang dia cerita tapi tak berapa masuk kepala otak aku sangat. Cuma yang ini saja yang aku tertusuk dekat ingatan aku.

Aku. Aku hanya senyap apabila Ma aku bercerita. Dan sebenarnya dalam hati aku mengakui. Pada zaman aku pendek akal. Hingus lelehleleh. Aku memang terfikir macam tu. Nak jadi anak orang lain yang lebih baik daripada yang aku ada pada masa tu. Mak Bapak ada kereta besar. Mak Bapak ada rumah besar. Mak Bapak yang cantik dan handsome untuk melahirkan aku supaya jadi lebih cantik menarik tertarik. Mak Bapak belikan handset walaupun baru darjah enam. Mak Bapak belikan rumah Barbie dengan set pakaian. Mak Bapak belikan beg sorong. Mak Bapak yang bawa pergi melancong naik kapal terbang. Mak Bapak yang hantar aku pergi sekolah swasta. Mak Bapak yang memang ada syarikat sendiri dekat Kuala Lumpur (kenapa mesti KL?). Semua lah. Idaman yang indahindah belaka.

Tapi itu semua cerita zaman aku tak reti menolong siang togue. Reti membuang masa dengan mengeluh
  "kenapa lah.." , "kalau lah.." , "best nye jadi macam dia".

Sekarang aku tahu. Keluarga aku adalah yang terbaik untuk aku. Dan segala galanya bagi aku.
Allah ciptakan aku dari benih Mak Bapak aku. Untuk melihat dunia dan kehidupan yang aku lalui sekarang.

Alhamdulillah,  I  ♥ My Family.


Jigsaw Youth 2010