Sepak Terajang Aku

Memakai selipar ayah. Melihat kaki yang kelihatan kecil berbanding tapak kakinya. Hmm.

Teringat waktu kecil. Lambaian tangan untuk ayah. Biar ayah terasa gembira untuk pergi bekerja. Mencari sesuap nasi untuk kami di rumah. Semasa ayah pulang bekerja. Aku menjerit jerit di tangga rumah. Gembira. Rasanya sehingga sekarang. Aku masih lagi berbuat demikian. Aku yang masih belajar sekarang ini, hanya merasa yang aku seorang yang hanya menyusahkan. Kerja menghabiskan beras. Melambungkan bil elektrik. Tak lain hanya tidur di waktu pagi. Sedangkan ayah sibuk pergi ke kebun. Mengutip buah durian yang memang tengah musim melambak lambak ni.

Tak jauh dari kotak pemikiran aku. Aku hanya ingin menjadi yang terbaik bagi mereka. Emak kata aku lah harapan nya. Tapi bila dikatakan aku asyik menyusahkan nya. Aku terkedu. Mungkin jauh di peruk hatinya yang kecil itu. Tidak terlintas untuk berkata begitu. Tiada emak yang tidak sayangkan anak nya. Kalau lah benar apa yang dikatakan emak. Mungkin aku sekarang berada di tepi tepi jalan. Menjadi bahan gambar orang lain. Melihatkan betapa kasihan nya aku. Makan tidur di tempat sampah.

Aku terfikirkan segala yang mereka lalui untuk aku dan yang lain. Aku juga akan jadi seperti mereka. Melahirkan. Membesarkan. Itu semuanya nampak payahkan? Teruknya aku kalau dapat anak macam aku.

Di antara pedih dan letih nya. Aku perlu membalas segala pengorbanannya. PERLU.

1 comments:

The JedDy™

memang perlu!
kadangkadang terasa penat menjadi beban pada mereka
walau hakikatnya mereka x pernah rasa mcm tu

Jigsaw Youth 2010