Tipu kalau tak sayang

Aku bukan anak yang boleh cerita apa saja dengan mak. Entahlah. Kadangkadang terasa jugak jurangnya. Bercakap benda benda penting. Bergurau adalah kadangkadang. Jiwa perempuan mungkin lainlain. Terlalu sensitive. Itu takboleh. Ini takboleh. Memberontak jugak! Tapi kalau fikirkan balik ada jugak betulnya. Cuma jiwa ni saja yang menafikannya. Kotor jiwa ini belom boleh cuci. Ibarat pakai kasut converse. Apa baran pakai bersihbersih.
Tapi tipu kalau aku cakap aku tak sayang! Mungkin satu hari nanti aku akan paham.
Wrote by Undefined The JedDy™ at 11:07:00 PM 1 comments
Pahit Manis
Menjadi aku bukanlah seperti malaikat. Bukan juga sehebat tuhan. Mampu memberi segala apa yang tak pernah menyakitkan hati siapa-siapa. Aku beri dia manis, tapi pahit pula yang kau terima. Kadang aku tak tahu beza manis atau pahit. Sebab terkadang aku bagi kau manis tapi dia pula dapat yang pahit.
Sesekali aku pejamkan saja mata ini. Ah! Pahit atau manis. Sama saja. Tapi hati aku tahu. Mana yang pahit mana yang manis. Pahit itu perit! Pedih! Mahu saja aku berikan manis pada semua. Tapi bimbang yang manis akan hilang manisnya pula.
Wrote by Undefined The JedDy™ at 1:57:00 PM 0 comments
Sepak Terajang Aku
Memakai selipar ayah. Melihat kaki yang kelihatan kecil berbanding tapak kakinya. Hmm.
Teringat waktu kecil. Lambaian tangan untuk ayah. Biar ayah terasa gembira untuk pergi bekerja. Mencari sesuap nasi untuk kami di rumah. Semasa ayah pulang bekerja. Aku menjerit jerit di tangga rumah. Gembira. Rasanya sehingga sekarang. Aku masih lagi berbuat demikian. Aku yang masih belajar sekarang ini, hanya merasa yang aku seorang yang hanya menyusahkan. Kerja menghabiskan beras. Melambungkan bil elektrik. Tak lain hanya tidur di waktu pagi. Sedangkan ayah sibuk pergi ke kebun. Mengutip buah durian yang memang tengah musim melambak lambak ni.
Tak jauh dari kotak pemikiran aku. Aku hanya ingin menjadi yang terbaik bagi mereka. Emak kata aku lah harapan nya. Tapi bila dikatakan aku asyik menyusahkan nya. Aku terkedu. Mungkin jauh di peruk hatinya yang kecil itu. Tidak terlintas untuk berkata begitu. Tiada emak yang tidak sayangkan anak nya. Kalau lah benar apa yang dikatakan emak. Mungkin aku sekarang berada di tepi tepi jalan. Menjadi bahan gambar orang lain. Melihatkan betapa kasihan nya aku. Makan tidur di tempat sampah.
Aku terfikirkan segala yang mereka lalui untuk aku dan yang lain. Aku juga akan jadi seperti mereka. Melahirkan. Membesarkan. Itu semuanya nampak payahkan? Teruknya aku kalau dapat anak macam aku.
Di antara pedih dan letih nya. Aku perlu membalas segala pengorbanannya. PERLU.
Wrote by Undefined Kinjunx at 4:55:00 PM 1 comments